Nasional

PM merafak sembah sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Seri, hari ini.

Anwar menzahirkan ucapan itu kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerusi akan Facebook rasminya.

“Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close