Negeri

Pekerja detailing panik lepas kereta Mini Cooper pelanggan terbabas langgar pokok

Seorang individu yang dipercayai bekerja sebagai perincian kereta atau detailing kelihatan panik selepas kenderaan Mini Cooper didakwa dipandu olehnya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok.

Insiden tersebut dirakam menggunakan kamera papan pemuka kereta (dashcam) dan kini video kejadian terbabit tular di media sosial.  

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Bandar Sunway, Selangor sekitar pukul 3 petang pada Selasa lalu itu menunjukkan pemandu kereta berkenaan memecut laju di laluan kawasan perindustrian.

Kemudian, ketika tiba di persimpangan jalan, sebuah lori cuba untuk membelok sebelum kereta Mini Cooper terbabit cuba mengelak lalu hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok.

Dalam video terbabit kelihatan, seorang lelaki memeriksa bahagian hadapan kereta dengan wajah cemas.

Susulan itu, pengguna media sosial mempersoal tindakan lelaki terbabit yang memandu kereta secara berbahaya.

“Selalunya budak workshop memang akan lenjan kereta pelanggan.

“Jalan dekat Sunway ini banyak kereta berhenti tepi jalan, masuk keluar lorong lencong semua. Tak payah lenjan kereta dekat sini,” kata pengguna media sosial.

Bahkan, pemandu lori terbabit turut dikecam kerana dilihat secara tiba-tiba menukar laluan dan membelok ke simpang jalan.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close