Wanita pecah pili bomba untuk mandi bogel tengah jalan

Gelagat seorang wanita yang dipercayai gelandangan mandi dalam keadaan bogel di tengah jalan mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat setempat.

Insiden tersebut yang berlaku di San Francisco, Amerika Syarikat itu turut dirakam oleh pengguna jalan raya.

Berdasarkan video yang tular di X baru-baru ini, wanita terbabit dipercayai memecahkan bahagian penutup pili bomba dan mandi tanpa mengenakan pakaian.

Wanita itu juga kelihatan tidak mempedulikan pandangan orang-orang sekeliling yang sebahagian jelas kelihatan merakam aksinya itu.

Bagaimanapun, perkara itu membuatkan seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap masyarakat yang mengambil kesempatan atas perkara tersebut.

“Dimanakah sifat kemanusiaan seorang manusia yang sanggup menutup mata sedangkan mereka tahu apa yang sedang berlaku.

“Saya memiliki anak berusia tujuh tahun dan fikirkan bagaimana reaksi mereka apabila melihat ada individu dalam keadaan sebegitu sementara orang lain hanya memerhati,” kata powellmark.

Dalam pada itu, ada juga pihak yang meminta agar pihak berkuasa memantau dan membantu golongan kurang berkemampuan itu untuk meneruskan kehidupan.

Pada masa sama, ramai juga yang menyalahkan sikap birokrasi kerana hal tersebut jelas berlaku, tetapi masih tiada tindakan diambil. – Agensi

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2023/10/27/tak-mahu-pakai-apa-pun-tak-apa-mohd-suhaimi-dikatakan-buat-komen-lucah-dalam-dewan-rakyat/