Nasional

Didi & Friends bukan sekadar kartun kanak-kanak, juga medium promosi kesihatan

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mahu golongan kanak-kanak dan remaja didedahkan mengenai kepentingan kesihatan.

Beliau ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Kembara Sihat Sejahtera HePiLI Bersama Didi & Friends 2023 di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu berkata, pendedahan itu penting agar dapat memupuk cara kehidupan yang seimbang setiap hari.

“Hari ini (Sabtu) kita bawa idola kanak-kanak untuk bersama-sama menjalankan aktiviti seperti ini supaya menarik minat mereka ajar dalam berseronok apa itu sihat, makanan sihat dan aktiviti sihat

“Ini sebenarnya program untuk kita promosikan kesihatan nak beritahu masyarakat, pendidikan kesihatan seharusnya bermula daripada kanak-kanak,” katanya.

Menurut Dr Zaliha, Kembara Sihat Sejahtera HePiLI Bersama Didi & Friends yang diadakan secara bersiri dengan pelbagai pengisian seperti majlis ramah mesra di pusat beli belah, di sekolah serta aktiviti trak Wellness on Wheel (WOW).

Ia meliputi Program Tunas Doktor Muda di Tabika KEMAS dan Prasekolah, Program IMFree di Sekolah Rendah, Program Doktor Muda Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, serta Program Siswa Sihat (PROSIS) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Bertemakan ‘Tingkatkan Imuniti, Budayakan Hidup Sihat’ itu berpandukan lima objektif utama iaitu aktif setiap hari; makan buah dan sayur; jauhi rokok dan vape; tingkatkan jati diri dan sentiasa bersih diri serta persekitaran.

Program tersebut dilaksanakan bersiri di setiap zon bermula di Putrajaya, di Zon Utara (Kedah), Zon Selatan (Johor), Zon Sarawak, Sabah dan Zon Pantai Timur (Kelantan).

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close