Sukan

Hafizh Syahrin tekad tunjuk kemampuan di Kejuaraan Motosikal Asia 2024

Pelumba berpengalaman negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan mengalihkan fokus kepada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim depan.

Pelumba berusia 29 tahun itu yang mengakhiri saingan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) mewakili PETRONAS MIE Racing Honda Team di Sepanyol baru-baru ini akan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team bagi kejohanan paling berprestij di rantau Asia itu.

JDT yang terkenal dengan sukan bola sepak, sebelum ini sudah pun mengesahkan akan memperluaskan jenama mereka apabila menaja Hafizh untuk saingan pada musim 2024.

Hafizh bukan asing dalam dunia permotoran negara apabila pernah membuat kemunculan dalam perlumbaan Moto2 dan kelas perdana MotoGP di Kejohanan Motosikal Dunia sebelum berhijrah ke saingan WSBK.

Hafizh menamatkan kempen 2023 dengan mengumpul 11 mata untuk berada di kedudukan ke-21 keseluruhan, keputusan yang lebih positif berbanding penampilan pertamanya sebelum itu, di kedudukan ke-23 keseluruhan dalam kelas WorldSBK pada tahun sebelumnya.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close