Nasional

Catriona Ross bengang Marks & Spencer tidak sensitif dengan isu Palestin

Iklan kempen sambutan perayaan Krismas bertajuk ‘LoveThismasNotThatmas’ oleh jenama terkenal antarabangsa, Marks & Spencer (M&S) menerima kecaman hebat apabila memaparkan beberapa topi kertas menggunakan warna seperti bendara Palestin, merah, hijau dan putih dibakar di pendiangan atau fireplace di Instagram.

Hantaran tersebut dipercayai bertujuan untuk mempromosikan jenama mereka di media sosial.

Tentu sahaja tindakan jenama itu mengundang kritikan dan ‘panas hati’ dalam kalangan pengguna media sosial terutama apabila seluruh dunia berada di tengah-tengah pergolakkan yang berlaku antara Palestin dan tentera Israel.

Pada masa sama, pelakon, Catriona Ross turut meluahkan kekecewaan di Instagram dan mengkritik tindakan jenama berkenaan yang dikatakan tidak sensitif serta keterlaluan.

Hantaran Catriona Ross yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada jenama popular antarabangsa itu.

“Ini adalah jenama kedai yang saya membesar bersama. Setiap kali menziarahi bapa di Scotland, M&S adalah kedai pertama yang kami akan pergi.

“Apa yang kalian fikirkan? Dunia kini melihat siapa kamu yang sebenar berdasarkan perkongsian itu.

“Kalian seharusnya tidak menggunakan warna bendera Palestin dan membakarnya,” ujarnya.

Hantaran itu bagaimanapun dipadam oleh M&S di laman Instagram rasmi mereka.

Susulan itu jenama terbabit membuat kenyataan, menjelaskan bahawa gambar tersebut diambil pada Ogos lalu sementara warna yang digunakan pula merupakan cerminan kepada ciri tradisi Krismas.

Jelasnya, hantaran itu bertujuan untuk menunjukkan bahawa tidak semua individu gemar memakai topi kertas ketika Krismas.

M&S juga membuat permohonan maaf kerana menyinggung perasaan ramai pihak.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close