Global

Lelaki buat kerja gila, berenang dari Malaysia ke Singapura guna plastik sampah

Seorang lelaki Indonesia yang memasuki Singapura secara haram berjaya ditahan pihak berkuasa tempatan setelah 10 bulan berada di Republik itu. 

Memetik laporan media antarabangsa, CNA, suspek, Muhammad Izal, 34, suspek sebelum ini memiliki empat rekod jenayah melibatkan kesalahan Imigresen. 

Ketika ditahan, suspek gagal mempemarkan bukti dia menetap di Singapura secara sah selain pemeriksaan mendapati Muhammad Izal sudah disenarai hitam dan dilarang untuk memasuki Republik itu oleh Imigresen Singapura. 

Menurut fakta, suspek sudah dihantar pulang ke negara asal pada Mei 2022, namun tujuh bulan kemudian, dia kembali semula ke Singapura dengan cara berenang dari Stulang Laut, Johor Bahru ke Pulau Ubin, Singapura. 

Sebelum itu dia menaiki feri Batam, Indonesia ke Stulang Laut dan tinggal semalam sebelum mula berenang ke Pulau Ubin dengan menggunakan beg plastik hitam sebagai pelampung. 

Sekitar 30 minit berehat, suspek meneruskan berenang menuju ke Pantai Changi dan menetap di negara berkenaan selama 10 bulan sebelum kehadirannya dihidu pihak berkuasa. 

Disebabkan tindakannya itu, dia dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan tujuh sebatan. 

Untuk rekod, pada Septembar 2021, suspek dijatuhkan hukuman selama setahun dengan enam sebatan sebelum dihantar pulang ke negara asal selain dilarang untuk kembali semula ke Singapura. – Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close