Nasional

Usahawan ‘air liur’ individu sebalik MyOnePAS

Penceramah bimbingan pemasaran, Mohd Najib Asaddok difahamkan menjadi individu di sebalik penubuhan aplikasi MyOnePAS yang dibangunkan oleh parti PAS di bawah nama syarikat PASPay Tecknologi Sdn Bhd.

Aplikasi yang menawarkan perkhidmatan e-dompet itu dibangunkan oleh sebuah syarikat memperlihatkan Mohd Najib menjadi salah seorang daripada lima senarai pengarah.

Difahamkan, syarikat terbabit ditubukan pada 27 September dan beralamat di Jalan 19/36, Petaling Jaya, Selangor iaitu kira-kira sebelun sebelum Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang melancarkan aplikasi terbabit.

Perkara itu dijelaskan dalam dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan syarikat sebagai merupakan organisasi induk bagi pengiklanan dan aktiviti perkhidmatan teknologi maklumat lain yang tidak diklasifikasikan di tempat lain.

Oleh kerana baru ditubuhkan, syarikat terbabit tidak memiliki maklumat kewasangan selain mempunyai modal saham bernilai RM100.

Dalam pada itu difahamkan, Najib yang tidak memiliki kepentingan saham dalam PASPay Technology, adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam syarikat perunding pemasaran digital dikenali sebagai Momentum Internet Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada 2014.

Selain Najib, seorang lagi pengarah PASPay Technology ialah Ahmad Rashdan Ikhsan, iaitu CEO InfaqPay, yang merupakan ejen Bank Islam Malaysia Bhd dan memegang 10 peratus saham.

Manakala bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Syed Ahmad Fadhli Syed Mahmad Hadzari, yang juga salah seorang pegawai khas Takiyuddin ketika Ahli Parlimen Kota Bharu yang menjadi Menteri Tenaga dan Sumber Asli di bawah kerajaan sebelum ini, turut dinamakan sebagai pengarah dengan memegang 25 peratus kepentingan dalam syarikat.

Seorang lagi pengarah yang memegang 25 peratus saham di dalam syarikat itu ialah anggota PAS, Mohd Khoirol Anwar Mat Zuki, yang terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 2019 berhubung dakwaan PAS menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd.

Pengarah terakhir dalam PASPay Technology ialah seorang wanita dikenali sebagai Norrina Juffri, yang juga pemegang saham tunggal dalam syarikat teknologi maklumat, Digital Badr Sdn Bhd.

Norrina merupakan pemegang saham terbesar dalam PASPay Technology iaitu 40% saham.

Takiyuddin sebelum ini dilaporkan, berkata MyOnePAS akan dibangunkan oleh syarikat dikenali sebagai Pay Tech Sdn Bhd, bagaimanapun hasil pemantauan media tidak menemui rekod syarikat berkenaan dalam SSM.

Pada 28 Oktober lalu, Takiyuddin berkata MyOnePAS masih dalam bentuk fasa awal atau pengujian Beta bagi mendapatkan maklum balas selain memberikan pengenalan awal aplikasi kepada orang ramai terutama ahli parti itu sendiri.

Selain menawarkan kemudahan e-dompet, aplikasi tersebut turut membantu untuk melakukan sumbangan untuk PAS dan MyOnePAS juga mempunyai perkhidmatan seperti kemudahan pembayaran bil, panduan solat serta aplikasi lain untuk pelbagai urusan parti.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kebimbangan pakar teknologi yang risau akan risiko keselamatan kepada pengguna yang memuat naik aplikasi melalui fail APK.

Semakan di laman sesawang MyOnePAS menunjukkan pengguna dimaklumkan bahawa aplikasi berkenaan telah dibangunkan dengan ManagePay Services Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia sebagai anak syarikatnya.

Sebelum ini, nama Mohd Najib hangat diperkatakan apabila Menteri Pertanian dan Asas Tani ketika itu, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub menangguhkan pelantikannya sebagai penasihat pemasaran di dalam Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN).

Salahuddin, yang meninggal dunia pada Julai lalu, ketika itu memutuskan keputusan tersebut dibuat selepas warga maya mempersoalkan pelantikannya, dengan mendakwa latar belakang Najib tidak ada kaitan dengan industri pertanian.

Kemudian, sekali lagi Mohd Najib sekali lagi dilanda kontroversi apabila beliau membuat laporan polis terhadap pengguna TikTok yang didakwa menyiarkan klip video siaran langsungnya hingga menyebabkan netizen menuduh beliau menjalankan perniagaan dengan menjual ‘air liur’.

Susulan kontroversi itu, warga maya pula mempertikaikan dan mempersoalkan sama ada Mohd Najib layak untuk menjadi jurulatih permasaran dan perniagaan. – Scoop

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close