Berebut nak jadi adik ipar Neelofa, netizen ‘cuci mata’ tengok wajah tampan Faliq

Perkongsian ibu kepada personaliti popular, Neelofa, Datin Noor Kartini mencuri perhatian mengguna media sosial apabila dia memuat naik foto anak lelakinya, Faliq sempena menyambut ulang tahun kelahiran.

Selain meninggalkan ucapan selamat hari jadi, tidak kurang juga yang menawarkan diri untuk menjadi menantu kepada Noor Kartini sekali gus adik ipar kepada Neelofa.

Pada masa sama, ada juga yang memuji ketampanan rupa paras Faliq yang juga disamakan dengan wajah penduduk Palestin.

“Wah macam Zayn Malik.

“Happy birthday (selamat hari jadi) hensem (kacak) macam muka mama Tini cantik.

“Neelofa versi lelaki,” kata pengguna media sosial.

Difahamkan Kartini bersama ahli keluarga lain menghabiskan masa bercuti ke Langkawi, Kedah baru-baru ini sekali gus merayakan hari jadi Faliq di sana.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat