Nasional

DBKL ‘sapu bersih’ 46 struktur penjaja haram PPR Seri Pantai

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 46 struktur penjaja haram di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai pada Rabu lalu.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, usaha bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Air Selangor itu adalah satu usaha menyusun semula penjaja di ibu negara, khususnya di kawasan Perumahan Awam (PA) dan PPR.

“Notis pemakluman 14 hari akan dikeluarkan pada 16 Oktober kepada penjaja yang terbabit bagi membolehkan mereka membuat persiapan bagi mengosongkan tapak serta peralatan mereka sebelum kerja perobohan dilaksanakan.

“Selain itu, DBKL juga telah mengadakan sesi libat urus lebih awal bersama penjaja terbabit bermula April lalu. Berdasarkan sesi libat urus berkenaan, kesepakatan telah dicapai berkenaan penempatan semula serta pemindahan penjaja di beberapa lokasi baharu,” katanya pada Isnin.

Antara lokasi baru adalah di Medan Selera Tempat Letak Kereta PPR Seri Pantai, Bazaria Pantai, Medan Selera Seri Pantai dan unit kedai di kawasan perumahan.

DBKL akan terus komited untuk menyusun semula para penjaja di Kuala Lumpur dengan mengenal pasti lokasi yang bersesuaian dengan konsep penjajaan yang teratur dan bersih.

“Ia sejajar dengan matlamat yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu mewujudkan persekitaran serta peluang yang lebih baik buat para penjaja di Kuala Lumpur,” katanya

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close