Teka-teki gosip bercinta dengan Syamsul Yusof, Irene akhirnya buka mulut

Usahawan yang juga menjadi individu yang dikaitkan dengan pengarah, Syamsul Yusof, Irene Deanna mengakui terkejut apabila dirinya didakwa menjadlin hubungan istimewa dengan anak kepada Datuk Yusof Haslam itu.

Irene Deanna, 25, turut menafikan dirinya mempunyai hubungan dengan Syamsul seperti yang tular di media sosial.

Katanya, dia juga terkejut apabila dirinya secara tiba-tiba menjadi perhatian media dan netizen disebabkan dakwaan mempunyai hubungan dengan Syamsul.

“Saya sebenarnya tak mahu komen mengenai isu ini kerana saya memang tak ada apa-apa (hubungan) dengan dia,

““Dia adalah kenalan kepada ibu bapa saya, bukan saya. Kami hanya ambil gambar sebagai kenalan keluarga. Tak ada apa-apa hubungan lain pun,” katanya.

Mengulas mengenai fotonya dan Syamsul yang tular, Irene memberitahu, Syamsul ketika itu datang atas urusan kerja dengan syarikat milik keluarganya, Utama Motors.

Dalam pada itu, Irene turut mengakui perkara itu secara tidak langsung membuatkan jumlah pengikut di media sosialnya meningkat.

“Saya ada baca sikit-sikit sebab orang hantar pada saya. Saya hanya mampu tergelak dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku,” katanya.

BIarpun dakwaan kononnya bercinta dengan Syamsul masih belum reda, namun Irene mengakui kontroversi tersebut tidak menjejaskan urusan kerjanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat