Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia, menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 9.17 malam pada Rabu akibat masalah kanser hati.
Berita sedih itu disahkan isterinya, Suzan Ahmad, menerusi aplikasi WhatsApp.
“Ya betul, sudah tiada,” balasnya ringkas.
Sebelum ini, Tia disahkan menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.
Memandangkan pihak hospital tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.
Terdahulu, Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam setelah mengalami sakit perut melampau dan kesukaran bernafas.
Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan terakhir, CT Scan, doktor kemudian mengesahkan penyanyi tersebut menghidapi kanser hati. – Utusan
Baca juga: