4 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus bawah runtuhan resort di Kuala Besut

Seramai empat pekerja pembinaan warga Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan dalam pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPM) Terengganu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan insiden tersebut pada pukul 7.34 pagi.

“Sewaktu kejadian, kesemua mangsa bersama empat rakan sekerja lain yang kesemuanya warga Myanmar sedang berada di tapak pembinaan tersebut. Manakala empat lagi dikhuatiri tertimbus  di bawah runtuhan tersebut.

“Bangunan resort yang sedang dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh lalu menimbusi empat mangsa terbabit,” katanya.

Sementara itu, empat lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian untuk menerima rawatan.

Operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.  

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat