Nasional

Harakah boleh membuat rayuan untuk dapatkan semula perakuan kad media

Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa media rasmi PAS, Harakah, boleh membuat rayuan untuk mendapatkan kembali kad perakuan media.

Difahamkan Jabatan Penerangan mengeluarkan arahan agar kad perakuan media Harakah ditarik balik.

“Ia dialami bukan sahaja oleh Harakah, tetapi sesiapa sahaja yang terkesan dengan keputusan sebegini, mereka boleh buat rayuan dan terima tindakan susulan tapi saya serah kepada Jabatan Penerangan.

“Kad perakuan itu dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan. Terdapat syarat-syarat tertentu. Ada pelanggaran maka ia ditarik balik,” kata Fahmi.

Bagaimanapun punca Jabatan Penerangan bertindak demikian tidak dijelaskan secara terperinci.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Harakah kerana menyiarkan gambar beliau dengan memaparkan gambar bendera Israel di belakangnya sementara gambar Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahya berlatarbelakangkan bendera Palestin.

Tindakan Jabatan Penerangan tersebut bagaimanapun dikecam oleh gabungan pengamal media dan penyokong kebebasan media Gerakan Media Merdeka (GERAMM).

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close