Kejadian seorang lelaki yang difahamkan menjadi mangsa rompakan di Shah Alam Selangor, tular di media sosial sekali gus mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku seawal pukul 6 pagi ketika mangsa yang merupakan lelaki berusia lingkungan 40-an joging sendiri di kawasan perumahan Seksyen 27.
Berdasarkan hantar yang dimuat naik ke X, kelihatan pergelangan tangan dan baju mangsa berlumuran dengan darah.
Menurut pengguna dengan nama ZaraaZameen, terdapat tangkap layar mesej mengatakan kejadian berlaku berhampiran sebuah sekolah rendah.
“Hati hati warga Shah Alam yang suka jogging sorang sorang waktu pagi!
“Kawasan rumah aku Seksyen 27 ada yang kena kelar time jogging pukul 6 pagi sebab ada orang nak rompak. Hati-hati especially perempuan! Yang ni lelaki pun kena. Kalau perempuan tak tahulah,” tulisnya menerusi hantaran sama.
Sementara itu, pengguna media sosial lain turut meluahkan rasa bimbang terhadap insiden tersebut selain ada yang berpendapat tindakan tidak bermoral itu dilakukan oleh penagih dadah.
“Risau nak joging macam ini. Perompak itu ingat orang joging bawa beribu-ribu ke duit.
“Ini mesti kerja mat pet (penagih dadah) yang jenis rembat (ambil) RM10 pun jadi.
“Yang ini lagi bahaya, pagi-pagi orang takut hantu, tapi yang ini lagi hantu,” kata pengguna media sosial.
Bagaimanapun, keadaan lanjut mengenai mangsa tidak diketahui.
Baca juga: