Nasional

MARA tidak kompromi dengan ‘geng buli’ dalam kalangan pelajar MRSM

Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi terhadap sebarang kes buli jika dikesan berlaku dalam kalangan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Asyraf Wajdi menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali menutup sebarang perilaku curang yang dilakukan oleh mana-mana pelajar walaupun anak orang kenamaan.

“Maaf, MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk kes buli di MRSM, jauh sekali untuk menutup sebarang perilaku curang.

“Biarlah anak VIP atau VVVIP mana sekalipun, you touch you go (anda buli, anda akan disingkir),” tegasnya menerusi dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kenyataannya itu dipercayai sebagai ulasan kejadian buli yang sebelum ini tular di sebuah sekolah berasrama di bawah kendalian Kementerian Pendidikan (KPM).

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menegaskan tidak berkompromi dengan perbuatan buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya.

KPM dalam kenyataa,memaklumkan pihaknya mengambil perhatian laporan media mengenai kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh yang tular, namun tidak menjelas bentuk tindakan diambil dalam kes berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menyiasat kejadian buli membabitkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) berpandukan hantaran yang tular di media sosial, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close