Politik

Dakwaan ‘sepupu sepapat’ Siti Mastura bimbang wujudkan ketakutan dalam kalangan orang Cina

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad menimbulkan ketakutan terhadap DAP dan orang Cina apabila mengaitkan Ahli Parlimen Bagan itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura.

Guan Eng berkata, Mastura secara terang-terangan menggunakan hubungan kekeluargaan yang sebenarnya tidak wujud dan jelas bersifat perkauman dan ekstremis.

“Apa yang membuatkan kelakuan Siti Mastura yang tidak bertanggungjawab ini menjadi lebih teruk ialah tiada langsung sebarang rasa sesal daripada beliau bahawa ucapannya penuh dengan kebencian dengan pembohongan, bersifat perkauman dan ekstremis,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Susulan itu, jelasnya, Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura, yang didakwa mengeluarkan ucapan kebencian, pembohongan serta fitnah jahat terhadap beliau dalam satu program di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Sebelum ini, Guan Eng memberi tempoh 48 jam kepada Siti Mastura untuk mengemukakan bukti terhadap dakwaan beliau.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, dakwaan Mastura itu antaranya mengaitkan beliau dan bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang sebagai sepupu kepada Chin Peng dan Kuan Yew.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close