Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dalam satu kenyataan pada Ahad, tegas mengatakan Israel perlu bertanggungjawab kepada rakyat Palestin.
Katanya, tindakan yang dipanggil sebagai jenayah terhadap rakyat Palestin itu perlu dihentikan segera.
Sehubungan itu, beliau menggesa Israel menamatkan pengepungan di Semenanjung Gaza.
Beliau turut menggesa operasi ketenteraan dihentikan dan tebusan dibebaskan serta-merta.
Beliau berucap demikian ketika sidang kemuncak luar biasa gabungan Negara-Negara Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi. – Agensi
Baca juga: