Negeri

6 van, 1 lori tergelincir akibat tanah mendap di Subang

Enam van dan sebuah lori yang diletakkan di tempat letak kenderaan di Jalan BPU 6 Bandar Puchong Utama, Subang, Selangor tergelongsor ke dalam mendapan tanah pada Isnin (semalam).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu 6.46 petang pada Isnin.

Beliau berkata, seramai 10 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mendapan tanah di tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terbabit.

“Tujuh kenderaan iaitu enam van dan sebuah lori yang diletakkan di lokasi terbabit didapati tergelincir ke dalam mendapan tanah ,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota bertugas bertindak memastikan kawasan sekitar lokasi berkenaan selamat.

“Tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis serta MBSJ yang berada di lokasi terbabit.

“Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close