Nasional

KKM sedia hantar pasukan perubatan ke Gaza

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengenal pasti dan bersedia untuk menghantar pasukan perubatan yang boleh dimobilisasikan ke Gaza, Palestin sebaik sahaja mendapat kebenaran.

Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, pasukan perubatannya sudah didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian.

“Mereka akan terlibat dalam merawat mangsa-mangsa bencana peperangan,” katanya.

Jelas KKM, penghantaran pasukan perubatan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri dan agensi awam lain serta koordinasi Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC).

“Buat masa ini, penghantaran pasukan perubatan belum dilaksanakan kerana menanti kebenaran, mengambil kira keadaan semasa peperangan yang masih berlaku di Semenanjung Gaza,” katanya.

KKM turut memberitahu, pihaknya akan menghantar alat guna habis (consumables) dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan perubatan kali ketiga ke Gaza dalam tempoh terdekat.

“Bantuan itu melibatkan syringe pump, sutureIV cannuladressings dan bandage.

“Tidak ketinggalan perkhidmatan neurosurgery dan pembedahan trauma, kemudahan peralatan seperti¬†medical beds¬†dan ubat-ubatan yang sesuai,” katanya.

Untuk rekod, bantuan kemudahan perubatan pertama dari Malaysia sebanyak 20 tan dilaksanakan pada 3 November lalu, manakala penerbangan kedua dibuat pada 11 November dalam jumlah yang sama.

Menerusi maklumat yang disampaikan oleh Gaza-Medics Worldwide, daripada 35 buah hospital yang terdapat di Semenanjung Gaza, satu per tiga telah pun musnah.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close