Politik

Nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri – Dr Suhaili

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman hari ini menafikan sekeras-kerasnya wujud paksaan, ugutan dan sogokan ke atas empat Ahli Parlimen Bersatu untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya dakwaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kononnya terdapat seorang individu berpangkat Datuk menjadi dalang utama memujuk empat Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional untuk beralih arah menyokong pimpinan Perdana Menteri adalah tidak benar.

“Membuat dakwaan empat ahli parlimen Bersatu telah didatangi oleh seseorang individu dengan gelaran Datuk Botak, yang kononnya memberikan tekanan seperti mengugut, menjanjikan projek-projek dan memberi habuan wang tunai untuk sokong Perdana Menteri, terutamanya kepada diri saya – semua itu adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Suhaili berkata sokongannya kepada Perdana Menteri demi memastikan kelangsungan rakyat di kawasan Parlimen Labuan.

“Saya ingin mengulangi bahawa sokongan saya kepada Perdana Menteri adalah sukarela dan tanpa sebarang desakan atau tekanan.

Baru-baru ini Wan Ahmad Fayhsal menerusi satu sidang akhbar mengatakan bahawa ada seorang individu berpangkat Datuk menjadi dalang utama memujuk empat Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional untuk beralih arah, menyokong pimpinan Perdana Menteri.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen Bersatu mengisytihar menyokong Anwar iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Dr Suhaili (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli). – Bernama

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close