Nasional

Hukuman pembunuh Along Spoon dipinda ke penjara 33 tahun

Pembunuh penyanyi terkenal era 1990-an, Allahyarham Along Spoon terlepas daripada hukuman pemenjaraan sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan, Khamis meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.

Mohd. Ya’cob Demyati, 57, sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati, namun diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Keputusan dicapai oleh Mahkamah Persekutuan pada hari kedua persidangan pada Khamis (hari ini) selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Datuk Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan permohonan semakan ke atasnya.

Pada prosiding itu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman kepada Mohd. Ya’cob Demyati atas kesalahan membunuh Along atau nama sebenar Sabi’ul Malik Shafie, yang terkenal menerusi lagu Rindu Serindu-Rindunya itu bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.

Bagaimanapun, Mohd. Ya’acob terlepas daripada hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun. – Utusan

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close