Nasional

JKR perkenal inovasi baharu cat jalan bercahaya dalam gelap

Penggunaan cat jalan Glow In The Dark atau bercahaya dalam gelap merupakan projek rintis Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat, Selangor.

Projek inovasi terbaru ini dilaksanakan di persimpangan Jalan Sg Lalang Batu 19 dan Jalan Sg Tekali Batu 16, Semenyih.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, turut melawat kawasan bersama Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan untuk menyaksikan inovasi kejuruteraan yang dibawakan oleh JKR Hulu Langat.

“Kami daripada Kementerian Kerja Raya dan juga Jabatan Kerja Raya, bersama Ahli Parlimen Hulu Langat datang untuk melawat tempat yang dikatakan pilot projek, di mana garisan jalan ini, menggunakan teknologi baharu, iaitu menggunakan cat yang menyala (bercahaya) apabila waktu malam, lain daripada yang biasa digunakan itu.

“Jadi, nampaknya memang ada kelainan dan ia boleh dilihat dalam gelap. Jalan yang tiada lampu, yang gelap ini dapat membantu pemandu dan pengguna jalan supaya mereka lebih selamat dan selesa menggunakan jalan pada waktu malam”, katanya pada Rabu.

Cat jalan bercahaya dalam gelap itu diletakkan di sepanjang 490 meter bagi permulaan.

Menurut Alexander, pihaknya akan melihat dan menilai dengan lebih mendalam bagi projek rintis ini untuk dilaksanakan dengan lebih menyeluruh kerana ia melibatkan kos yang tinggi. – RTM

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close