Nasional

Kes batuk kering masih terkawal, rakyat diminta tidak panik – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan kes tuberkulosis (tibi) atau batuk kering di negara ini masih terkawal dan rakyat diminta tidak panik.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa pada satu sidang media di Putrajaya pada Sabtu berkata penyakit tibi sentiasa ada, namun ia bukanlah wabak dan situasi terkini sentiasa dipantau Bahagian Kesihatan Awam KKM.

Mengesahkan beberapa kes tibi dilaporkan di Cheras, Kuala Lumpur, namun situasi semasa jelasnya sentiasa dipantau Bahagian Kesihatan Awam KKM.

“Bahagian Kesihatan Awam tengah melihat isu ini dan kita tak nak perkara yang tidak benar disebar-sebarkan sebab kita tak nak nanti orang ramai jadi panik.

“Tuberkulosis memang ada, cumanya ia dalam kawalan. Kita kena galakkan pesakit kalau ada apa-apa tanda tentang penyakit itu khususnya batuk berterusan terus pergi mendapatkan rawatan,” katanya.

Dr Zaliha sebelumnya hadir merasmikan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob Sedunia Peringkat Kebangsaan.

Sementara itu beliau mengesahkan beberapa kes tibi dikesan di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini dan Jabatan Kesihatan Negeri juga akan mengeluarkan kenyataan perkembangan terkini penyakit tuberkulosis dalam masa terdekat.

Orang ramai jelasnya boleh mendapatkan maklumat jumlah kes tuberkulosis yang berlaku di kawasan mereka menerusi aplikasi MySejahtera.

Tibi berpunca daripada bakteria Mycobacterium tuberculosis.

Antara simptom utama penyakit tuberkulosis ialah batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.

Mereka yang paling terdedah kepada jangkitan penyakit ini termasuk orang tua, yang rendah imuniti seperti pesakit kencing manis, menjalani terapi steroid kronik dan penghidap HIV.

Baca lagi:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close