Uncategorized

JBPM wujud Pasukan Gerak Cepat MTL ikut zon, siap hadapi banjir

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mewujudkan Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur Laut (MTL) mengikut zon, sebagai persiapan menghadapi banjir di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pasukan itu dilengkapi dengan pelbagai aset khas dan ditempatkan mengikut zon Utara, Selatan, Timur dan Borneo.

Sebagai contoh, beliau berkata, pasukan bagi Zon Pantai Timur ditempatkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Terengganu manakala pasukan zon selatan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Johor.

Katanya, bagi zon utara pula, pasukan terbabit akan ditempatkan di Pangkalan Udara JBPM di Bertam, Pulau Pinang manakala di Borneo, mereka ditempatkan di Miri, Sarawak.

“Kumpulan ini sentiasa bersiap siaga dengan segala aset khas dan akan terus digerakkan ke lokasi bagi memberi bantuan di kawasan terbabit banjir.

“Mereka sudah dipersiapkan bagi membantu pemindahan mangsa yang terkepung akibat banjir selain menghantar bekalan makanan ke lokasi diperlukan, khususnya di pedalaman.

“Selain itu JBPM juga menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak kami tidak hanya akan membantu pesakit ke hospital jika berlaku kecemasan, malah kami juga bersedia membawa doktor atau jururawat ke lokasi diperlukan,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sijil 30 Tahun JBPM Kedah di Ibu Pejabat JBPM Kedah di Jalan Suka Menanti, di Alor Setar, semalam.

Abdul Wahab berkata, kaedah pengezonan itu memberi kelebihan kepada pasukan penyelamat bagi membolehkan bantuan tambahan dihantar secepat mungkin.

“Jika tiada kaedah pengezonan, kita mungkin berdepan gangguan dalam menghantar bantuan apabila bencana berlaku.

Katanya, ketika ini pihaknya mengenal pasti 5,648 lokasi panas (hot spot) banjir yang sudah dikenal pasti dan di Kedah sahaja ada 259 lokasi panas.

Baca lagi:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close