Teguh pendirian bela nasib Palestin, Anwar gembira objektif APEC 2023 tercapai

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa gembira apabila matlamat negara yang mengkritik konflik antara Palestin dan Israel mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika isu tersebut dibangkitkan di Sidang Kemuncak APEC di San Francisco, AS.

Anwar berkata, beliau berasa tidak adil kepada rakyat Palestin apabila dunia seperti menutup mata terhadap krisis kemanusiaan di Semenangjung Gaza.

“Kami berpeluang untuk menyatakan pendirian dan membincangkan isu tersebut dengan cara prihatin.

“Kami menyatakan pandangan kami dan saya bercakap tentang keperluan untuk keadilan dan konsistensi tindakan dalam menangani krisis seperti itu.

“Saya mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada Presiden Biden tentang bagaimana dia telah membuat pendirian yang sangat kuat apabila saya didera secara tidak adil dan dilemparkan ke dalam penjara sebelum ini.

“Saya memberitahunya bahawa saya merayu kepadanya untuk mengamalkan prinsip yang sama untuk menghentikan pembunuhan sembarangan terhadap wanita, kanak-kanak dan orang lain yang tidak berdosa di Gaza….saya melihat ada dinding pemisah antara pemimpin terhadap isu tersebut,” katanya.

Pada penghujung perbincangan, barisan pemimpin APEC antaranya Malaysia, Indonesia dan Brunei telah bersatu untuk mengeluarkan kenyataan menyeru gencatan senjata segera dilakukan. – NST

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat