Terkena serangan strok, Esma Daniel nasihat berhenti merokok, vape demi ‘sayangkan’ nyawa

Pelakon Esama Daniel mengalami serangan angin ahmar atau strok sehingga mengakibatkan bahagian kiri badanya lemah dan sukar untuk berdiri selepas melakukan aktiviti harian.

Esma atau nama lengkapnya,  Esma Daniel Md Isa, 54, berkata insiden mencemaskan itu berlaku sekitar 10 November lalu sebaik sahaja dia selesai melakukan larian selepas makan malam

Maklumnya, secara tiba-tiba dia berasa sukar untuk mengangkat gelas minuman menggunakan tangan kiri selain isterinya, Nur Atira Mazlan mendapat berlaku pada berubahan pada wajah.

“Saya hanya berbaring dengan kedudukan kaki dinaikkan sedikit bagi mengurangkan tekanan darah tinggi naik mendadak.

“Sebaik saja saya cuba bangun, kaki kiri saya terlalu lemah dan berasa sepertin ingin tumbang (pengsan). Berdasarkan situasi itu saya perlahan-lahan cuba tenangkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Susulan daripada itu, Esma mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz keesokkan harinya dan ditempatkan di wad rawatan rapi (SCU) selama empat hari.

“Hasil pemeriksaan imbasan CT mendapati terdapat darah beku berukuran 3 milimiter (mm) pada otak

“Pada 11 November pukul 4 petang saya dimasukkan ke wad kecemasan sementara doktor yang bertugas ketika itu agak menyesali keputusan saya lambat ke hospital,” katanya.

Doktor menasihatkan agar dia melakukan kaedah trombektomi endovaskular iaitu teknik rawatan terkini untuk mengeluarkan darah beku sehingga mengakibatkan salur darah besar di otak tersumbat sehingga mengakibatkan angin ahmar.

Imbasan CT yang menunjukkan otak pelakon itu masih dalam keadaan baik membolehkan kaedah trombektomi dilakukan, sekali gus tiada lagi darah beku pada bahagian tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan pada mereka yang merokok atau ‘vape’, tetapi aktif bersukan seperti saya, berhenti sajalah demi nyawa anda.

“Pemakanan serta diet yang sihat dalam mengimbangi kolestrol dalam darah juga diutamakan dan jika ada mengalami hipenstasi, janganlah culas mengambil ubat,” ulasnya.

Begitupun, aktor senior yang lebih tiga dekad berada dalam industri seni itu

“Bagi memastikan jantung saya tidak terkait dengan serangan strok, ECG atau elektrokardiogram dan ujian gelombang bunyi (ultrasound) dilakukan dan Alhamdulliah, jantung saya berada dalam keadaan baik,” katanya.

Bapa kepada enam anak itu turut menzahirkan terima kasih kepada petugas hospital selain mengingatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan dan ambil ubat mengikut jadual.

Baca juga:

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat