Negeri

4 rumah musnah terbakar di Sungai Petani

Sekitar empat buah kediaman di Taman Sri Impian, Sungai Petani, Kedah musnah dalam satu kejadian kebakaran pada awal pagi Rabu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain, berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada pukul 2.49 pagi.

“Keseluruhan rumah yang terbakar adalah lima buah namun empat daripadanya musnah 90 peratus.

“Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 30-an sesak nafas akibat terhidu asap dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan,” katanya.

Insiden tersebut turut menyebabkan tiga motosikal milik penduduk musnah.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close