Global

PM yakin hubungan erat Malaysia-Australia kekal utuh

Malaysia komited mempertingkatkan lagi persahabatan dan perhubungan dua hala bersama Australia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata Malaysia dan Australia mempunyai hubungan yang erat, malah beliau dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese juga telah bertemu beberapa kali.

Ini termasuklah pertemuan di Jakarta, Indonesia dan kali terakhir ketika Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di San Fransisco, Amerika Syarikat.

“Saya mengalu-alukan delegasi Australia (ke Parlimen Malaysia) dan saya memberikan jaminan bahawa Malaysia kekal komited sebagai rakan dan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Australia,” katanya sebelum menjawab pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengalu-alukan kehadiran delegasi Ahli Parlimen Australia diketuai Ahli Parlimen Blair, Queensland, Shayne Neumann yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bersama Hal Ehwal Luar Negara, Pertahanan dan Perdagangan.

Johari turut menyuarakan harapannya agar lawatan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Parlimen kedua-dua negara. – Bernama

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close