“Kami setuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman…” – Mawar Rashid sah bercerai dengan Raf Yaakob

Pelakon Mawar Rashid mengakui rumah tangganya dengan Raf Yaakob sudah berakhir, namun masih mengekalkan hubungan baik bekas suaminya itu demi anak-anak.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, memaklumkan dia dan bekas suami tetap akan menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Katanya, tumpuan utama sekarang ialah untuk menyediakan keperluan dan memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak.

“Kami berdua bersetuju untuk berpisah. Hubungan saya dengan Raf dalam keadaan baik dan akan kekal begitu.

“Kami mengharapkan agar kalian dapat menghormati keputusan kami. Kepada peminat kami mengharapkan agar kalian dapat mendoakan yang terbaik buat kami dan tidak melakukan sebarang spekulasi mahupun menyebarkan khabar negatif,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Instagram pada Khamis.

Dalam pada itu, pelakon filem Usop Wilcha Menghonjang Makluk Muzium itu juga mengakui bukan mudah untuk dia dan bekas suami membuat keputusan untuk berpisah.

Bagaimanapun, akuinya, perpisahan itu merupakan jalan terbaik buat mereka berdua.

“Terima kasih kepada mereka yang sudah banyak menyokong kami. Sokongan kalian amat bermakna.

“Kami berdua berasa kecewa dan sedih untuk memaklumkan hal ini kepada anda semua, tetapi ini merupakan jalan terbaik buat kami,” ujarnya.

Untuk info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada selebriti Datuk Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat