Laluan susur Semantan ke Kuala Lumpur ditutup mulai Sabtu hingga Disember

Laluan jalan susur di Semantan menghala ke Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya mulai 25 November 2023 (Sabtu) hingga 31 Disember 2023 bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan fasa kedua jalan raya bertingkat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya dari Bukit Damansara atau Jalan Beringin yang melalui Persimpangan Setiabudi perlu mengambil Jalan Johar untuk menghala ke Kuala Lumpur.

“Untuk makluman pengguna jalan raya, Jalan Johar akan diubah kepada laluan dua lorong.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan serta langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan kesulitan,” katanya.

Dalam pada itu, DBKL berkata, untuk sebarang pertanyaan mengenai jalan terbabit, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di talian 03-2617 9000 (waktu pejabat), WCT Berhad di talian 017-880 7090 (Braba) atau Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) di talian 03-7434 7333.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat