Media Indonesia puji kredibiliti Anwar, hargai hubungan baik dengan Malaysia

Hubungan baik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan Bekas Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf (BJ) Habibie menjadi ‘kunci’ keakraban dua negara Malaysia-Indonesia.

Memetik laporan negara Republik itu, Antara News, masa dirasakan cepat berlalu apabila diingatkan semula pada 24 November 2022, Anwar dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kegembiraan itu tidak hanya dirasai oleh warga tempatan, malah rakyat Indonesia juga meluahkan rasa bangga dan gembira dengan berita itu.

“Tidak hairan ketika Perdana Menteri DSAI melakukan kunjungan rasmi ke Indonesia pada 9 Januari 2023 disambut Presiden Joko Widodo di Istana Bogor, Barat Jawa disambut dengan istimewa.

“Pada acara sebelah malam, Anwar memberi ucapan dalam bahasa Indonesia dengan fasih dihadapan wakil aktivis demokrasi, aktivis anti korupsi, aktivis hak asasi manusia dan para wartawan,” katanya.

Pada masa sama, media berkenaan turut berkongsikan pengalaman Anwar mengadakan Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) di Pekalongan, Jawa Tengah pada 1967.

Ketika itu Anwar bersama kumpulan aktivis antaranya Nurcholish Madjid, Fahmi Idris, Mar’ie Muhammad dan Ekky Syahruddin.

Pada masa sama, Anwar bersama Nurcholish Madjid membangunkan Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara yang menyaksikan beliau selaku Ketua Setiausaha.

Dalam pada itu, media berkenaan memaklumkan kesudian rakyat Indonesia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dan saling bertukar pandangan melibatkan isu agama.

Terdahulu, media Indonesia dan Malaysia saling berganding bahu demi mempamerkan semangat solidariti terhadap rakyat Palestin.

Pergolakkan antara Palestin dan Israel bukan sahaja meragut puluhan ribu nyawa, malah beberapa anggota media turut menjadi antara yang terkorban. – Agensi

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2023/11/21/setahun-pentadbiran-pm-rakyat-percaya-kemampuan-kerajaan-madani-urus-negara/

Anda Mungkin Berminat