Kerajaan Kelantan pada Khamis mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM2,000 kepada seluruh penjawat awam di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bayaran itu akan dibuat pada Febuari tahun hadapan.
“Selain itu, pegawai-pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru fardu ain serta guru jahitan mudarribah akan dibayar dengan kadar bersesuaian,” katanya.
Beliau berkat demikian ketika membentangkan Belanjawan Kelantan Bagi Tahun 2024 di Kota Bahru pada Khamis.
Menurut beliau, bayaran itu bagi menghargai jasa dan bakti pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh berintegriti untuk membangunkan negeri ini.
Ujarnya, kesemua bayaran itu melibatkan perbelanjaan berjumlah RM18 juta.
Baca juga: