Mayat kanak-kanak lemas ditemui terapung dalam longkang

Mayat Muhammad Danish Mohd. Faizal, 2, yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang Taman Goodwood, Bukit Palah, Melaka, Sabtu (semalam) ditemui terapung dalam pukul 9.30 pagi Ahad.

Mangsa ditemui di dalam longkang besar di Taman Desa Baru berhampiran Hospital Melaka oleh orang awam, kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi kejadian 3.25 petang semalam.

Mayat telah dibawa naik oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, kanak-kanak malang itu dikhuatiri lemas selepas disyaki terjatuh dalam longkang sedalam satu meter di sebuah hotel.

Difahamkan kehilangan mangsa disedari bapanya yang menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan kejadian pada pukul 3.42 petang. – MalaysiaGazette

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat