Nasional

Bantuan RM100 e-dompet boleh mula ditebus mulai 4 Disember ini

Pendaftaran dan tuntutan kredit program e-Madani iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara ‘one off’ kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak akan dibuka mulai 4 Disember ini hingga 20 Februari 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang layak boleh berbuat demikian menggunakan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan masing-masing.

“Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Madani akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-Dompet pilihan pengguna,” katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi program itu yang diumum semasa peluncuran ekonomi madani, Julai lalu.

Perdana Menteri berkata demikian ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara, pada Selasa.

Empat penyedia e-dompet akan terlibat dalam program itu. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan kemudiannya berkata, penyedia e-dompet yang layak itu adalah MAE Maybank, Setel Petronas, ShopeePay dan Touch ‘n Go.

Baca lagi:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close