Konsert Datuk shake di ZeppKL tunda

Persembahan artis veteran, Datuk shake yang seharusnya berlangsung di zepp Kuala Lumpur (ZeppKL) pada 16 Disember depan terpaksa ditunda kepada tarikh baharu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh penganjur, InTour Live Event dalam satu kenyataan pada Rabu.

Malah, penganjur dan Datuk Shake turut memohon maaf atas penundaan itu terutama buat pembeli tiket konsert.

“Dukacita dimaklumkan bahasa Konsert Datuk Shake ZeppKL pada 16 Disember telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Konsert ini ditunda dan bukan batal. Ia bakal pindah ke tarikh lain apabila situasi menjadi lebih baik untuk menyambut dan meraih persembahan Datuk Shake. Kami memohon maaf kepada para peminat,” jelasnya.

Untuk makluman bayaran balik, pembeli tiket boleh menghubungi talian Ticketcharge +603-92228811.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat