Global

Ungu hadiah konsert Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur: 30 Hits Timeless untuk peminat

Penyanyi popular Indonesia, Ungu mengakui teruja berpeluang untuk membuat persembahan di Malaysia menerusi konsert Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur: 30 Hits Timeless pada 25 Februari depan.

Untaian lagu nuansa irama malar segar menjadi tarikan utama lima jejaka itu untuk ‘mencuri’ hati peminat dan terus unggul mendominasi industri muzik.

Setelah sekian lama mengimpikan hasrat untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur, Icon Entertainment selaku penganjur dengan bangga membawa kugiran popular itu ke Malaysia.

Acara yang berlangsung di Megastar Arena Kuala Lumpur akan memperlihatkan vokalis Ungu, Pasha, Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass) dan Rowman (dram) akan ‘menghadiahkan’ 1001 kenangan dan mengimbau semula nostalgia indah suatu masa dahulu.

“Sangat senang untuk kembali konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua kami.

“Hasil perbincangan dengan penganjur Ungu akhirnya mencapai kata sepakat Ungu Live In Kuala Lumpur akan menyaksikan kami dengan 30 karya paling unggul yang pernah diciptakan untuk dipersembahkan kepada peminat, Insya-Allah.

“Kami berharap jangan sampai ada peminat yang terlepas. Semoga kelak ia akan menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” ujar Pasha ketika ditemui Arena Muzik pada acara Sidang Media Konsert Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur: 30 Hits Timeless di Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain mempersembahkan karya popular Indonesia, Ungu turut mendendangkan barisan lagu popular tanah air yang akan dipersembahkan secara medley.

Sepadan dengan nama kumpulan, peminat dinasihatkan memakai pakaian, kasut atau aksesori berwarna Ungu sebagai tanda ‘solidariti’ ketika menyaksikan konsert itu nanti.

Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my atau hubungi 012 6530 700 bermula 1 Disember, pukul 11 pagi pada harga RM138 (Demi Waktu, Seating 2), RM218 (Kekasih Gelapku, Seating 1) dan RM338 (Tercipta Untukmu, Standing).

Selaku penaja perbankan, pembelian tiket yang dibuat melalui perkhidmatan Maybank akan menerima diskaun 10 peratus untuk kad debit manakala 12 peratus untuk kad kredit. 

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close