Hiburan

BCL sah jadi isteri Tiko

Penyanyi popular, Bunga Citra Lestari atau BCL dilaporkan selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Tiko Aryawardhana dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Bali, Indonesia.

BCL, 40, dilihat manis menggayakan busana pengantin dengan suaminya sambil tersenyum ceria.

Difahamkan majlis perkahwinan pelantun lagu Cinta Sejati itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat yang dianggarkan sekitar 100 orang tetamu.

Untuk rekod, BCL sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, pengacara dan usahawan Ashraf Sinclair pada November 2008.

Ashraf bagaimanapun meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020 sementara hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close