Global

Threads bakal dilancar di Eropah tanpa perlu ada profil

Threads akan akhirnya akan dilancarkan di Eropah bulan ini menurut laporan Wall Street Journal.

Aplikasi pemesejan seakan X ini dilancarkan di pasaran lain pada bulan Julai lalu tetapi tidak di Eropah kerana terdapat banyak rang udang-undang mengenai data peribadi pengguna yang perlu dipatuhi.

Sebagai contoh data pengguna Instagram tidak boleh dipindahkan dengan begitu sahaja ke Threads mengikut undang-undang EU.

Bagi memenuhi keperluan Eropah, Threads boleh diakses tanpa pendaftaran sebarang akaun. Tetapi tanpa akaun Threads hanya boleh dibaca tanpa pengguna boleh memuat naik status peribadi.

Eropah ialah pasaran yang besar dan jika Threads dilancarkan jumlah pengguna aktif bulanan dapat ditingkatkan oleh Meta.

Setakat ini Threads dikatakan mempunyai 100 juta pengguna aktif bulanan.

Pelbagai ciri seperti diakses menerusi web, carian tagar, menyunting hantaran status dan melakukan carian kata kunci telahpun diperkenalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. – Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close