Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas digilis kereta api di stesen Metro Qutab Minar, Delhi, India selepas dia cuba untuk melintas di laluan landasan pada Rabu lalu.
Menurut Polis New Delhi, lelaki tersebut dikejarkan ke Institusi Rawatan Sains India (AIIM), namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
“Individu tersebut masih lagi tidak dikenali pasti. Individu tersebut memakai baju kuning, seluar jeans biru dan bertatu pada bahagian lengan kanan,” katanya.
Memetik laporan media tempatan, Timesnow, Perbadanan Kereta Api Metro Delhi menasihatkan penumpang supaya tidak cuba melintasi landasan kereta api.
Penumpang dinasihatkan supaya tidak cuba menyeberang atau berjalan di landasan metro atau memasuki kawasan larangan.