Rombakan Kabinet: Pecahan kementerian dan wajah baharu jadi menteri, timbalan menteri

Setelah setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan rombakan posisi jemaah menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Selasa.

Katanya, perubahan teknologi dan kewangan semasa membuatkan beliau memikir untuk melakukan perubahan tersebut setelah membuat perbincangan dengan ketua parti dan komponen tinggi.

Berikut merupakan senarai rombakan:

Perlantikan baharu:

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Jawatan Menteri Kewangan II

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

M. Kulasegaran V. Murugeson dilantik sebagaik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)

Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (kementerian baharu pecahan daripada Kementeri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)

Datuk Seri Huang Tiong Sii dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (kementerian baharu pecahan daripada Kementeri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)

Datuk Ramanan Ramakrishnan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Fahmi Fadzil menjadi Menteri Komunikasi (kementerian baharu pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital)

Teo Nie Ching dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi (kementerian baharu)

Wong Kah Woh dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan

Dr Zulkifli Hasan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi

Datuk Seri Dzulkefli Ahmad dilantik sebagai Menteri Kesihatan

Gobind Singh Deo dilantik sebagai Menteri Digital (kementerian baharu pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital)

Steven Sim Chee Keong dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia

Bertukar portfolio:

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Perndidikan)

Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilantik sebagai Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan)

Datuk Arthur Joseph Kurup menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Datuk Aiman Athirah Sabu dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Wanita. Keluarga dan Masyarakat)

Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (bertukar portfolio sebelum ini Menteri Pertahanan)

Datuk Seri Ahmad Maslan menjadi Timbalan Menteri Kerja Raya (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan (bertukar portfolio sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi)

Datuk Mohammad Yusof Apdal diberi kepercayaan sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi)

Datuk Seri Zambry Abd Kadir dilantik sebagai Menteri Penidikan Tinggi (bertukar portfolio sebelum ini Menteri Luar Negeri)

Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Sumber Manusia)

Saraswathy Kandasami dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Dr Zaliha Mustafa dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan (bertukar portfolio sebelum ini Menteri Kesihatan)

Datuk Armizan Mohd Ali menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (bertukar portfolio sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tugas-tugas Khas dan Hal Ehwal Sabah, Sarawak)

Datuk Chan Foong Hin dilantik sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoniti (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan)

Datuk Ugak Anak Kumbong dilantik sebagai Timbalan Menteri Digital (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Hal Ehwal Sabah, Sarawak)

Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia (bertukar portfolio sebelum ini Timbalan Menteri Kerja Raya)

Senarai menteri dan timbalan menteri yang digugurkan

Sivakumar Varatharaju, Menteri Sumber Manusia

Ramkarpal Singh, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),

Datuk Siti Aminah Aching, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat