‘Dakwaan bakal tamat zaman duda, ini komen Hafidz Roshdi’

Pelakon Hafidz Roshdi enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan dia bakal menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada pada 16 Disember ini.

Memetik Harian Metro, Hafidz berkata, sekiranya ada berita baik mengenai perkara itu dia akan kongsikan kepada umum.

“Kalau ada berita baik saya akan kongsikan. Tapi buat masa ini saya tak nak cakap apa-apa. Tiada komen,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan Athira, bapa kepada dua cahaya mata itu memilih untuk mengunci mulut.

“Maaf tiada komen,” katanya.

Semalam timbul khabar angin mengatakan Hafidz bakal mengahwini Athira pada 16 Disember ini.

Athira adalah individu yang dilaporkan menjadi punca pergolakan rumah tangga Hafidz bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Untuk rekod, Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat