Hafidz Roshdi, Athira Yuhada sah bergelar suami isteri

Pelakon Hafidz Roshdi selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada dalam sebuah majlis tertutup di Glenmarie, Shah Alam, Selangor pada Jumaat

Hafidz atau nama lengkapnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, yang memaklumkan perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya.

“Alhamdulillah,” kata Hafidz ringkas.

Perkongsian Hafidz itu sekali gus menjawab teka-teki mengenai khabar angin yang mengatakan mereka mereka akan berkahwin dalam tempoh masa terdekat.

Dalam majlis tersebut, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu menyerahkan RM300 kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.

Untuk rekod, Hafidz sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada April 2016, namun bercerai pada Julai lalu.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat