Penyanyi Jeslina Hashim memilih untk kekal tenang berdepan pelbagai spekulasi netizen berkait hubungannya dengan Tunku Eddy Nasruan Adil.
Memetik laporan Mstar, Jeslina atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohd Hashim, 45, berkata, dia enggan ambil pusing dengan sebarang komen ditinggalkan netizen di media sosial.
“Saya minta maaf, saya tidak ada sebarang komen mengenai hal ini (perkahwinan). Orang ramai boleh berfikir dan bercakap tentang apa yang mereka mahu.
“Mungkin satu hari nanti bila saya sudah bersedia, saya akan berkongsi kepada semua,” katanya pada Khamis.
Pada masa sama, Jeslina turut mengucapakan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiannya.
Sebelum ini, heboh mengatakan Jeslina bakal mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil selepas lapan tahun menjalin hubungan cinta.
Pada 1 November lalu, Tunku Eddy memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa bahagian bersama Jeslina dan memberitahu tarikh ulang tahun perhubungan mereka bakal pada tahun depan.
Terdapat juga hantaran di media sosial menunjukkan Tunku Eddy memuat naik gambar bersama Jeslina yang menunjukkan sebentuk cincin di jari manisnya.
Untuk rekod, Jeslina sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun pasangan itu bercerai Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.
Untuk info, Tunku Eddy juga merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.
Baca juga: