Ibnor Riza meninggal dunia

Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada Ahad.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh penyanyi yang juga sahabat baik Allahyarham Ibnor atau nama sebenarnya Ibnor Riza Ibrahim, 62, iaitu Datin Salwa Abdul Rahman di media sosial.

“Sahabatku sudah tiada, semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman”, tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik Salwa di Instagram.

Selain peminat, beberapa rakan artis lain turut menzahirkan rasa dukacita dan mengirimkan doa buat arwah Ibnor Riza antaranya pelakon Liza Abullah, Ropie dan Ezad Lazim.

Pada 2 Disember lalu, arwah dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan kanser limfoma yang dihadapinya sudah merebak ke bahagian otak.

Sebelum ini, pada 19 Februari lalu, Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah.

Ibnor juga sebelum ini dikhabarkan diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat