Tahun Melawat Melaka 2024 rancakkan sektor pelancongan tempatan

Promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dirancakkan dengan Tower Hunt anjuran Menara Taming Sari pada 23 Disember ini.

Timbalan EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, Datuk Zaidi Attan, berkata penganjuran acara sempena ulang tahun ke-15 Menara Taming Sari dilaksanakan dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

“Program ini bermula dari Menara KL dan berakhir di Menara Taming Sari sejauh 122 kilometer.

“Kita bekerjasama dengan Menara KL kerana kami percaya ini juga boleh menjadi pusat bagi kita mempromosi Menara Taming Sari, dalam masa sama merancakkan lagi industri pelancongan di Melaka,” katanya lapor Berita Harian.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, Azlan Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL Nazli Saad.

Zaidi berkata, seramai 120 peserta sudahpun mendaftar untuk menyertai program terbabit membabitkan 30 kenderaan.

“Kumpulan sasar untuk acara ini ialah pelancong tempatan di dalam kategori umur 18 hingga 60 tahun yuran penyertaan RM100 setiap kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, Melaka menyasarkan kemasukan 18.7 juta pengunjung tahun depan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat