Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 24 lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah universiti di Prague, Republik Czech pada Khamis, laporĀ Agensi Anadolu (AA).
Ketua Polis Prague, Martin Vondrasek berkata, lelaki bersenjata itu adalah seorang pelajar berusia 24 tahun yang juga penuntut Fakulti Kesenian Universiti Charles.
Vondrasek berkata, penyerang itu tinggal di sebuah kampung kira-kira 21 kilometer dari Prague dan bapanya ditemui maut pada Khamis.
Vondrasek memberitahu, siasatan awal berkata, suspek mendapat inspirasi daripada insiden serupa yang berlaku di luar negara dan beliau tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pertubuhan pengganas.
Tambahnya, lelaki bersejanta yang merupakan penuntut Fakulti Kesenian universiti turut ditemui meninggal dunia dipercayai bunuh diri, selepas insiden berbalas tembakan dengan polis.
Menurut polis, tiada petunjuk suspek mempunyai rakan bersubahat dalam insiden itu.
Susulan kejadian itu, Presiden Republik Czech, Petr Fiala memutuskan untuk memendekkan lawatan beliau ke Perancis susulan kejadian berkenaan.
Kejadian itu mengakibatkan kerajaan Republik Czech meminta agar penduduk setempat agar tidak menghampiri tempat kejadian.
Baca juga: