Kanak-kanak, bayi antara mangsa kemalangan 3 kenderaan di Klang

Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang pada Jumaat mengakibatkan dua lelaki maut manakala lima mangsa termasuk bayi cedera.

Dalam satu kenyataan, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan kereta Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry itu pada 6.23 pagi.

Katanya, lima pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Dua lelaki berkenaan yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat,” ujar beliau.

Mangsa yang cedera, difahamkan terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi serta dua lelaki dan mereka dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat