Aktor dan usahawan Datuk Aaron Aziz yang bakal muncul menerui filem baharu bertajuk Sayu Yang Syukru mendapat pujian barisan pelakon naskhah terbabit yang rata-rata mengakumi dengan kreadibilitinya sebagai pengarah.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 47, menerima amanah untuk ‘mengepalai’ filem tersebut setelah mendapat kepercayaan daripada Allahyarham Datuk Gulzar Mohamad Noor Mohamed selaku Penerbit Eksekutif.
“Pada awalnya saya diberikan peluang untuk berlakon sahaja, namun arwah kemudian menawarkan saya untuk mengarah filem ini.
“Saya merasakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan kerana saya tidak pernah mengarah sebuah filem cinta,” katanya yang ditemui ketika Tayangan Perdana Sayu Yang Syukur pada Rabu.
Malah, bukan sahaja Allahyarham menaruh kepercayaan terhadap kemampuannya, tetapi barisan pelakon lain turut ‘bersyukur’ dan gembira berada di bawah arahan anak seni kelahiran Singapura itu.
Kata Nora Danish yang turut membintangi filem tersebut, Aaron memiliki sikap yang mudah didekati dan terbuka dalam perkongsian pendapat dengan pelakon lain.
Bahkan, dia tidak menolak bahawa Aaron memiliki masa depan yang cerah dalam industri hiburan tanah air untuk menggalas tanggungjawab sebagai pelakon dan pengarah dalam satu masa.
“Saya senang bekerja dengan Aaron kerana dia memiliki vibe (aura) yang positif sewaktu di set pengambaran. Jadi, saya tidak mempunyai masalah sama ada untuk berbincang atau sebagainya.
“Sebelum ini saya pernah berlakon dengan pengarah yang turut berlakon. tetapi tidak mahu nyatakan siapa…pada saya vibe waktu itu tidak seperti ini.
“Jadi saya berpendapat Aaron ada masa depan yang cerah dan boleh pergi jauh dalam bidang pengarahan,” jelasnya.
Sementara itu, aktor senior, Kismah Johar turut memiliki pandangan sealiran dengan Nora.
Beliau menyifatkan pesonaliti Aaron yang menghormati barisan pelakon ‘lama’ dan tidak memberikan layanan ‘double standard’ dengan wajah baharu, membuatkan bapa kepada tiga cahaya mata itu sangat disenangi.
“Aaron ialah seorang pengarah yang terbaik dan sangat memahami pelakonnya. Beliau juga sangat sopan dalam menegur pelakon di set penggambaran,” kata Kismah.
Untuk info, filem terbitan Nusanbakti Production itu turut dibintangi oleh Arja Lee, Fairie Khalil, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Raja Emma.
Bakal ditayangkan pada 28 Disember depan, filem tersebut mengisahkan tentang konflik hubungan percintaan dan kekeluargaan yang penuh dengan liku kehidupan.
Filem tersebut merupakan karya kedua arahan Aaron selepas Romeo Kota yang diterbitkan pada 2015.
Baca juga: