Peminat mohon tukar lokasi lebih besar, tiket konsert Siti Nurhaliza ‘sold out’

Tiket konsert penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Epitome Saya Siti Nurhaliza di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dilaporkan habis terjual dalam tempoh kira-kira kurang dua jam selepas dibuka pada Khamis.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang banyak memberi sokongan dan berjuang bagi merealisasikan impiannya itu.

“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam. Maafkan saya kepada yang tidak dapat membelinya.

“Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga. Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya.

“Ada rezeki, di persembahan yang lain nanti. Doakan saya,” tulisnya menerusi Instagram.

Pada masa sama, terdapat kumpulan peminat yang meluahkan rasa terkilan kerana tidak berpeluang untuk menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza pada 9 Mac depan selain mencadangkan agar dilakukan di kawasan yang lebih besar seperti Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat